3

INGATAN BERSAMA :D

Baru sahaja beberapa detik Ramadhan meninggalkan kita. Membawa bersamanya jutaan rahmat dan keampunan Tuhan, keberkatan dan pahala yang digandakan. Maka sangat beruntunglah orang-orang yang telah menyiapkan dirinya dalam menghadapi ramadhan itu. Sungguh, Ramadhan yang telah berlalu itu merupakan satu anugerah dari Allah S.W.T., istimewa kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Dan anugerah itu telah berlalu. Sebulan telah berakhir. Penat lelah seolah-olah terbayar dengan nikmat kepuasan dan pengharapan keredhaan dari Tuhan.

Namun adakah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang lalu?

Adakah segala perbuatan dan amalan kita hanya berkisar dalam bulan Ramadhan sahaja?

Cukupkah? Adakah kita berasa selesa dengan status amalan kita sekarang? Dan yang paling penting, adakah kita sudah pasti Yang Menguasai langit dan bumi redha kepada kita?

Bagi saya, saya tidak pasti. Kerana banyaknya dosa dan kelalaian yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya, malahan di bulan Ramadhan terasa seperti tiada perubahan. Akal mengetahui fadhilat dan kelebihan beramal di bulan itu, namun hati dan jasad seolah-olah tidak mengendahkannya. Hati ini sungguh cepat berubah, berubah mengikut keadaan. Adakalanya apabila berada di taman-taman syurga, hati terasa tenang dan damai. Seolah-olah saya merasakan saya telah melakukan seribu kebaikan yang pasti diterima Tuhan. Namun apabila berada di tempat yang lain, hati ini seolah-olah seronok dengan suasana yang melalaikan itu. Terasa indah dengan apa yang berada di hadapan mata, tidak salah rasanya mencuba sesuatu yang baru, perkara yang salah pada pandangan hati dan akal yang dahulunya terikat pada agama kini seolah-olah menjadi biasa.

Persoalannya, apakah Ramadhan yang lalu benar-benar mendidik dan membentuk kita agar menjadi manusia yang taat kepadaNya? Kalau ya jawapannya, alhamdulillah. Tapi kalau tidak, di manakah silapnya? Kenapa terjadi sedemikian? Mari kita renungkan faktor-faktornya.

Pertama sekali, keadaan ini terjadi kerana tidak ada sedikit pun azam untuk berubah dan mengambil bulan Ramadhan ( atau bila-bila sahaja ) sebagai titik untuk melaksanakan perubahan. Kita tidak merasakan perubahan itu sebagai sesuatu yang teramat penting dalam hidup kita. Kita terlalu asyik dan terleka dalam “zon kehidupan selasa”. Padahal perubahan ke arah kebaikan itu sangat dituntut dalam agama Islam. Kita tahu apa yang kita buat itu salah, namun kita tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengubahnya, setidak-tidaknya mengelak daripadanya. Jelas menunjukkan sikap dan “attitude” kita terhadap agama. Sejauh manakah kita memandang tinggi terhadap prioriti agama?

Persekitaran juga banyak membantu dalam melalaikan kita dan memalingkan kita daripada beribadah. Suasana yang islami pastinya banyak membantu, sebagai contoh; berada di majlis-majlis zikir, ceramah-ceramah keagamaan, solat berjemaah dan sebagainya. Suasana-suasana begini selalunya meningkatkan kadar ibadah seseorang hamba secara “general”nya. Kenapa ya? Fikirlah sendiri.

Banyak lagi faktor yang sedikit sebanyak membantu membuatkan kita leka dan alpa. Semuanya bergantung kepada kita; bagaimana kita memberi reaksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Kepada diriku dan anda, renung2kanlah..

Thursday, September 16, 2010