0

SEORANG INSAN BERNAMA ABAH

Bismillahirrahmanirrahim..

post kali ini nak cerita pasal ayah saya pula. Ayah? kenapa ayah? kenapa tak girlfriend ke, kucing ke, moto ke? sebabnya ialah..tak tahu. saja2. nak kongsi pasal ayah saya. kalau anda semua taknak baca, its okay. saya xmrah pun :)
ayah saya dengan saya. hehe

NAMA : HASHIM BIN SAAD
STATUS : SUDAH BERKAHWIN ( OF COURSE LA )
ANAK2 : ADA LIMA TERMASUK SAYA
PEKERJAAN : PENGURUS GIATMARA BATU SAPI, SANDAKAN, SABAH.

Semasa kecil, saya seringkali tidak memahami kehendak ayah saya. saya panggil dia "abah". Abah selalu marah saya masa kecik. umur 4 tahun saya dah boleh membaca! ( tak ble lupa pengalaman tu ). darjah satu da hafal sifir 1 sampai 12. dia bangga sangat bila sya boleh jawap sifir tanpa tengok buku di hadapan kawan2nya. sya time tue innocent lagi. sakit jugak masa dipukul olehnya ( ia la, jenis lambat sikit pickup ). haha.

Bila dah besar, saya makin boleh berfikir dengan lebih matang walaupun takla matang sangat. saya melihat susah payahnya membesarkan lima orang anak ( termasuk saya ) dan menyupport orang tuanya merangkap atuk dan nenek saya. sangat...hebat.

Hebat?

Yeke? maybe bagi kita, nampak macam tiada erti. tapi cubalah kita duduk sebentar. spend masa kita hanya lima minit. fikir. apa yang selama ini ayah kita dah lakukan untuk kita. memang, kadang2 anak ini lebih selesa bersama ibunya. memanglah, sebab ibu ini diorang lebih sifat penyayang kepada anak2 mereka. berbanding ayah, sifat penyayang itu "tak nampak".
namun pengorbanan mereka, titik peluh mereka bekerja, menyara dan membesarkan kita,
itulah kasih sayang mereka kepada kita, walaupun kita sering "tak nampak" atau "buat2 tak nampak".

cuba letak diri kita dalam posisi seorang ayah. bekerja seharian. pulang ke rumah keletihan. bila tiba di rumah, hanya isterinya yang menyambut. waktu malam, duduk di hadapan televisyen membaca surat khabar dan menonton siaran berita. biasanya keseorangan. ayah diam. wajahnya nampak serius seperti biasa. namun dalam hatinya, siapa tahu, tersimpan kesedihan.. seorang ayah yang mana air matanya tumpah saat melihat anak2nya berjaya. keringat mencurah2 memberi rezeki kepada keluarga. seorang insan yang bernama AYAH..

mari. luangkan masa kita berfikir. dan selepas itu apa tindakan kita.. :)

p/s : tak sabar jadi ayah!! :P :P :P
0

MENIKMATI MUSIBAH

MENIKMATI MUSIBAH

Salam ukhwah..

Mari kita mulakan dengan mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang pernah mewarnai kehidupan kita. Kehidupan sememangnya indah terasa bagi setiap anak Adam, dihiasi dengan perhiasan-perhiasan yang memukau. Sangat indah dan cantik. Seringkali kita merasa aman dan selesa, acapkali kita tertawa dan bersuka ria. Ya! Sememangnya dunia dan seisinya dijadikan terasa indah bagi setiap anak Adam. Mengimbau kembali memori lalu, pasti banyak kenangan manis yang dapat dikongsi. Mungkin bersama keluarga, teman dan sahabat. Kita pun ketawa dan merasa bahagia tatkala kenangan itu mengusik jiwa sanubari.

Cuba kita lihat dari sudut yang sebaliknya.

Apabila kita ditimpa musibah, kita mengeluh.

“Aduh, habis pulak duit aku neh..”

“ish, kenapa lah asyik aku je yang sakit neh??”

“exam result aku teruk la. Haishh.”

Mungkin ungkapan-ungkapan ini biasa kita dengar, malah mungkin juga pernah terluncur keluar dari mulut kita. Tatkala itu hati gundah gelisah. Pada masa itu barulah fikiran teringat pada Pencipta.

Bila time-time nak final exam, baru la nak solat berjemaah setiap waktu.

Bila time-time nak final exam, baru la nak solat tahajud di sepertiga malam. ( padahal lima minit je pastu tido )

Bila time-time tidak berduit baru la nak tadah tangan mintak rezeki, baru la nak solat sunat dhuha.

Fikirkan, wahai diri dan teman2 sekalian, adakah ini akhlak kita dengan Tuhan? Beginikah sikap yang kalaumana kita pamerkan setiap masa, Allah akan bantu kita? Beginikah?

Padahal bila sebut pasal kiamat, kita ( saya mungkin ) la yang semangat sangat nak join imam Mahdi menentang dajjal. Nak jadi tentera Allah la tu kononnya. Padahal solat berterabur, lidah sentiasa berzikir dengan muzik terlatest, hati dipenuhi rasa cinta kepada kekasih ( pastu break, buat2 sedih, nangis pulak tu ). Langkah bersahaja, tiada sedikit pun rasa takut di hati saat ingin berbuat dosa, padahal kita tahu Sang Ilahi Maha Melihat. Kita tahu!

Betapa kita ini makhluk yang tersangat2 lemah di sisiNya. Tolonglah insafi perkara ini, wahai diri dan teman2.

Ya, memang betul kita minta pertolonganNya di waktu susah, namun salahkah andainya kita bersyukur kepadaNya di kala waktu senang? Susah sangatkah? Padahal tak sampai tiga saat pun untuk lidah mengucapkan kalimah “alhamdulillah..” dan lebih kurang lima minit setiap waktu solat untuk menzahirkan rasa syukur kepadaNya..dan tak penat pun mengucapkan Alhamdulillah di dalam hati. Cuba try test. Ucap Alhamdulillah dalam hati anda masing2. Apakah sejurus selepas itu anda termengah2 kepenatan? Berpeluh-peluh dan tercungap-cungap? Tidak bukan.

Renung-renungkanlah, wahai diri dan teman2.. J salamul ukhwah..salam maal hijrah juga :)

0

CURRENTLY #2

beli lagi :)

0

DIRIKU [CURRENTLY]

baru beli buku :)

0

KU INGIN..

Memandang he hadapan
aku melihat kosong
menoleh ke belakang
sedikit ibrah diambil
banyak yang tembus
kosong
seolah-olah tiada apa-apa
kosong
kucuba melangkah
tersadung, tersungkur
tidak pula mencuba untuk bangun
manghidu bau lumpur
dosa dan kelalaian
terasa tidak layak bagiku
wangian setanggi syurga
seharum semerbak
aku juga ingin
namun mengapakah aku
tidak berdaya..

maafkanlah aku
di saat ini
kucuba sedaya upayaku
kukuatkan semangatku
hanya satu kupinta..
doakanlah diriku
agar kubisa
meraih semula
CINTA..

0

Last Day PSPM

esok hari terakhir PSPM. Paper physics kertas 1. selepas itu saya akan bertolak ke Perlis dan menginap di sana untuk semalaman. dan awal pagi esoknya saya akan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Penerbangan saya dijangka pada pukul 10 pagi dan sampai di KLIA pada jam 11 ( lebih kurang). saya terpaksa melepak di sana untuk beberapa jam sebelum penerbangan seterusnya pada pukul 4 petang.

anyway, hari-hari terakhir di KMPP pada semester satu banyak meninggalkan kenangan manis dan juga pahit. semuanya dicerna dengan baik dalam ingatan saya. saya telah berjumpa dengan ramai orang. banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

emm. talk later. salam :D
0

Mr. PSPM ( LOL ) dan aku

PSPM atau Penilaian Semester Program Matrikulasi merupakan peperiksaan yang bakal kutempuh dalam tak berapa hari lagi. he, penilaian inilah yang menguji pengetahuan dan kefahaman tentang apa yang dipelajari selama satu semester. sekilas, seperti sebentar sahaja satu semester berlalu. enam bulan yang dipenuhi saat-saat manis, pengalaman berharga, kenangan pahit dan dugaan yang melanda. sepanjang masa tersebut, aku cuba merenungi apa yang telah aku lakukan. membelek satu persatu setiap memori indah, membuka kembali lembaran-lembaran sejarah hidup yang tak mungkin dapat kuulangi kembali. tak mungkin dapat aku putar kembali waktu, dan membetulkan segala salah dan silapku ketika itu. juga segala pengalaman manis yang telah aku lalui, bila difikirkan, nikmatnya hanya sementara. sebentar.

sebentar.

Sekejap.

sama la tuh.

Dalam satu semester ini juga aku bertemu dengan orang yang pelbagai. ragamnya. wajahnya. sekalipun berbeza, namun ada persamaannya.

Kita semua adalah manusia.

aku yang terlalu lemah ini, memerhati manusia-manusia yang berbeza-beza. kadang-kadang aku terasa cemburu. cemburu yang amat kerana aku tak seperti mereka. ya, aku juga pernah begitu. sekarang, aku begini. aku tidak mengharap cercaan. juga aku tak memohon simpati orang. aku cuma mahukan sedikit ruang dan masa untuk aku memerhati diri. untuk aku mengambil ibrah dan pengalaman.

Ibuku pernah berkata, " sesetengah pengalaman itu sanagt mahal harganya, dan Ammar dah membayar harga yang sangat mahal untuk satu pengalaman yang tidak perlu."

begitulah lebih kurang.

seriously, aku perlukan bimbingan untuk mengecap satu pengalaman. pengalaman yang lalu itu adakalanya sangat perit untuk aku terima, sehingga aku menyeksa diri kerana tidak tertahan dengan rasa itu. namun bila difikirkan semula, betapa bodohnya aku kerana kurang matang dalam menerima dan memahami satu-satu ujian.

Maaflah. dan terima kasih kepada semua. keran acapkali bersabar dengan karenahku. ya, aku kurang matang sekarang. namun InsyaAllah dengan izinNya, aku akan membesar ( dah besar pun ) dan matang suatu hari nanti. moga ketika itu aku mampu menilai diri, orang lain, masyarakat, dunia dan segala-galanya melalui perspektif yang lebih matured.

Mr. PSPM, here i come. :D
3

INGATAN BERSAMA :D

Baru sahaja beberapa detik Ramadhan meninggalkan kita. Membawa bersamanya jutaan rahmat dan keampunan Tuhan, keberkatan dan pahala yang digandakan. Maka sangat beruntunglah orang-orang yang telah menyiapkan dirinya dalam menghadapi ramadhan itu. Sungguh, Ramadhan yang telah berlalu itu merupakan satu anugerah dari Allah S.W.T., istimewa kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Dan anugerah itu telah berlalu. Sebulan telah berakhir. Penat lelah seolah-olah terbayar dengan nikmat kepuasan dan pengharapan keredhaan dari Tuhan.

Namun adakah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang lalu?

Adakah segala perbuatan dan amalan kita hanya berkisar dalam bulan Ramadhan sahaja?

Cukupkah? Adakah kita berasa selesa dengan status amalan kita sekarang? Dan yang paling penting, adakah kita sudah pasti Yang Menguasai langit dan bumi redha kepada kita?

Bagi saya, saya tidak pasti. Kerana banyaknya dosa dan kelalaian yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya, malahan di bulan Ramadhan terasa seperti tiada perubahan. Akal mengetahui fadhilat dan kelebihan beramal di bulan itu, namun hati dan jasad seolah-olah tidak mengendahkannya. Hati ini sungguh cepat berubah, berubah mengikut keadaan. Adakalanya apabila berada di taman-taman syurga, hati terasa tenang dan damai. Seolah-olah saya merasakan saya telah melakukan seribu kebaikan yang pasti diterima Tuhan. Namun apabila berada di tempat yang lain, hati ini seolah-olah seronok dengan suasana yang melalaikan itu. Terasa indah dengan apa yang berada di hadapan mata, tidak salah rasanya mencuba sesuatu yang baru, perkara yang salah pada pandangan hati dan akal yang dahulunya terikat pada agama kini seolah-olah menjadi biasa.

Persoalannya, apakah Ramadhan yang lalu benar-benar mendidik dan membentuk kita agar menjadi manusia yang taat kepadaNya? Kalau ya jawapannya, alhamdulillah. Tapi kalau tidak, di manakah silapnya? Kenapa terjadi sedemikian? Mari kita renungkan faktor-faktornya.

Pertama sekali, keadaan ini terjadi kerana tidak ada sedikit pun azam untuk berubah dan mengambil bulan Ramadhan ( atau bila-bila sahaja ) sebagai titik untuk melaksanakan perubahan. Kita tidak merasakan perubahan itu sebagai sesuatu yang teramat penting dalam hidup kita. Kita terlalu asyik dan terleka dalam “zon kehidupan selasa”. Padahal perubahan ke arah kebaikan itu sangat dituntut dalam agama Islam. Kita tahu apa yang kita buat itu salah, namun kita tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengubahnya, setidak-tidaknya mengelak daripadanya. Jelas menunjukkan sikap dan “attitude” kita terhadap agama. Sejauh manakah kita memandang tinggi terhadap prioriti agama?

Persekitaran juga banyak membantu dalam melalaikan kita dan memalingkan kita daripada beribadah. Suasana yang islami pastinya banyak membantu, sebagai contoh; berada di majlis-majlis zikir, ceramah-ceramah keagamaan, solat berjemaah dan sebagainya. Suasana-suasana begini selalunya meningkatkan kadar ibadah seseorang hamba secara “general”nya. Kenapa ya? Fikirlah sendiri.

Banyak lagi faktor yang sedikit sebanyak membantu membuatkan kita leka dan alpa. Semuanya bergantung kepada kita; bagaimana kita memberi reaksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Kepada diriku dan anda, renung2kanlah..

0

NANTIKANLAH ~~

Saya sedang mengusahakan cerpen-cerpen pendek untuk jadi tatapan semua. Hanya sekadar cerpen yang biasa, mungkin banyak kesalahan dari segi tatabahasa dan sebagainya. Mungkin dengan cara ini, saya dapat ekspressikan diri saya dan pendapat-pendapat saya mengenai segalanya - dunia, cinta, persahabatan ataupun masalah umat. nantikan kemunculan cerpen pertama tidak lama lagi.
1

renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim..

Dunia sekarang ini dilanda arus globalisasi yang pesat. Kemajuan teknologi matlumat dan infrastruktur serta banyak lagi yang dinikmati sekarang dirasakan amat mustahil oleh bangsa terdahulu. Berlakulah evolusi dalam segalanya; surat ke emel, kereta kuda ke roket, dan telegram ke sistem pesanan ringkas ( SMS ). Subhanallah, Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Jikalau tidak, masakan kita dapat menikmati semua kemudahan ini.

Melihat keadaan sekeliling, membuat saya menarik nafas panjang. Banyak lagi kelemahan diri yang masih belum dibaiki, masih banyak yang perlu diperbetulkan. Diri ini semakin hanyut, adakah perlu dibiarkan begitu sahaja? Dan apakah diri ini sahaja yang perlu dirisaukan? Terkadang, terasa berat lidah ini mahu menegur, tangan untuk mencegah. Dibiarkan sahaja dalam hati. Apakah dengan berbuat sedemikian, kondisi diri dan umat akan berubah? Persoalan ini saya tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan dan zikirkan.

Ya, mungkin mudah sahaja saya berkata begini. Walhal praktikalnya amat sukar. Hanya insan yang MAHU dan TABAH serta SABAR dan berSUNGGUH-SUNGGUH sahaja yang dapat melakukannya. Masakan tidak, kejayaan dunia perlu dikejar. Tugasan dan kerja rumah perlu disiapkan. Kuliah dan tutorial perlu dihadiri. Aktiviti kokurikulum juga menanti. Ditambah pula dengan persiapan ukhrawi. Sememangnya orang-orang yang terpilih ini merupakan orang-orang yang hebat. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedemikian? Renung-renungkan...

dengan segala kemudahan yang ada, nikmat yang dikecapi, namun masih tidak mampu membuat kebanyakan manusia bersyukur dan memanfaatkan segala yang ada untuk jalan kebaikan. Persoalan untuk diri sendiri : apakah yang telah kau sumbangkan untuk agama ini?

hm. noktah..
3

BUKAN CINTA BIASA

Merancang, tidak semestinya dapat dilakukan. Tanpa kudrat dan pertolonganNya, pasti kita akan terkapai-kapai dalam gelombang hidup yang mencabar.Kepada diriku dan dirimu, kuharap langkah perjuangan takkan pernah terhenti.Ya, manusia bisa tewas oleh ajakan dan bujukan syaitan dan nafsu yang sentiasa akrab dengan manusia. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berhenti berusaha dan melangkah.

So, saya kembali menulis. Seringkali masa dijadikan alasan untuk saya tidak mengetuk keyboard laptop ini. namun sebenarnya diri ini mengalami satu transformasi yang amat dahsyat ( bukannya bertukar kepada Goku atau Ironman ). Sesuatu yang tidak pernah terlintas dala benak fikiran sebelum ini.

Iaitu..menjadi seorang yang biasa.

Biasa di sini bukan bermaksud saya sebelum ini tidak normal atau gila. Cuma "biasa" di sini merujuk kepada keadaan seseorang yang saya klasifikasikan sebagai "insan biasa" suatu ketika dahulu. Di sini saya dapat melihat dunia ini daripada kaca mata seorang yang "biasa".

Dan saya mula terikat kepadanya. Sehinggakan saya mula mengikuti jejak-jejak orang "biasa" itu. Walaupun hati meronta-ronta mengatakan jangan,jangan, tapi nafsu terlebih dahulu menguasai hati lalu tingkah laku seiring kehendaknya. Apakah ini yang dinamakan bertuhankan nafsu? emm..

Tapi adakah harus selamanya begini? Perlukan saya terus begini? Jawapannya terdapat pada diri saya sendiri. Dan juga diri pembaca sekalian. Sampai bila? Sampai bila hendak terus menerus dalam dunia kelalaian dan keseronokan? Cuba ambil lima minit..dua minit..seminit pun boleh juga..fikirkanlah masa depan kita..ke manakah hala tuju kita nnti??

Saya yang "biasa" ini sekarang terkapai-kapai mencari sesuatu. Mencari diri yang dahulu. Mencari cinta. Bukan cinta biasa. Bukan cinta "biasa". Tetapi cinta "luarbiasa". Bantulah aku, ya Allah...
0

SATU PERJALANAN

perjalanan..apa tu?

apa yang dimaksudkan dengan perjalanan..?

ke mana?

semua persoalan2 di atas bersifat subjektif...hanya diri sendiri yang boleh jawab..kalau kita tanya si A, arah perjalanannya lain daripada si B. si B pulak lain arah perjalannya dari si C.

Banyak manusia, banyak jalan yang ditempuh. sebagaimana jalan para sahabat menegakkan Islam pada zaman dahulu, juga jalan-jalan syaitan yang senitasa mengajak manusia ke arah kesesatan. akhirnya jalan2 yang banyak dan bersimpang siur,lurus dan sebagainya akan bercantum pada dua hala tuju.syurga atau neraka.Maka kita diberi pilihan, sama ada untuk memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. ada orang yang berada di jalan menuju neraka sepanjang hidupnya...sehinggakan semakin hari, semakin hampir dia dengan neraka hanya tinggal sehasta ( klu x silap )..namun takdir Allah mendahuluinya, tiba2 dia digerakkan untuk melakukan amalan ahli syurga lalu Allah mnyelamatkannya dari neraka..ada juga seorang ahli ibadah yg menghabiskan hidupnya dengan amaln2 ahli syurga..namun takdir Allah mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu Allah mencampakkannya ke dalam neraka..na'udzubillah...betapa beruntungya orang2 yg dimuliakanNya, dan betapa rugi orang2 yg dihinakanNya di padang mahsyar kelak..semoga kita termasuk dalam kalangan orang2 yg dimulaikan Allah..amiin..
3

AKU BENCI KEADAAN INI

Hari Jumaat. 26 Mar 2010. Saya baru selesai latihan kereta di sebuah insititut memandu berhampiran Kangar. Dari stesen bas, saya melangkah ke Masjid Alwi. Niat iktikaf. Lalu saya musahabah diri, membelek kesalahan sepanjang pagi itu. Merenung dosa lampau. Jauh pandanganku menembusi tulisan khat yang diukir kemas pada kayu di dalam masjid. Lalu mataku terasa berat. Layu. Kelam.

Apabila azan berkumandang, saya bingkas bangun lalu bersedia mendengar khutbah Jumaat pada hari itu. Isinya berkenaan 6 perkara yang disukai nafsu. Sekali lagi saya bermuhasabah, betapa 6 perkara itu selalu terikat dengan kehidupan seharian seorang Muslim. Semoga Allah membantu kita dalam menangkis dugaan nafsu.

Lalu selepas selesai solat Jumaat, saya bergegas ke stesen bas. Berlari-lari sedikit. Sampai sahaja di stesen bas, saya tercari-cari bas ke Padang Besar. Ada. Saya masuk. Alhamduillah masih ada tempat kosong. Teringat pula dengan headline majalah Solusi isu 17, "hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu."

Lalu bas semakin penuh. Ramai pelajar lelaki daripada sekolah menengah berhampiran memenuhi tempat di belakang bas. Ramai juga akhawats daripada sekolah menengah agama permpuan berhampiran. Sengaja saya memanggil mereka akhawats kerana perilaku mereka yang menyejukkan mata yang memandang. Ada yang berdiri. Yang duduk pun ada. Saya tersenyum sendiri sambil teringat maksud ayat Al Quran yang menceritakan tentang wanita yang solehah.

Namun perasaan itu tidak lama. Pelajar lelaki di belakang agak nakal, mula mengusik akhawats yang berdiri. Saya tidak senang melihat keadaan itu, namun apakah daya. Saya ingin menawarkan tempat duduk kepada akhawats yang berdiri itu namun sebelah tempat duduk saya ada lelaki. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah melihat sahaja. Saya sungguh benci keadaan ini. Juga berasa malu tatkala secarik puisi bermain-main di fikiran..

Dahulu kami ( muslimah ) berasa bangga
lelaki kami Asadullah, Pedang Allah
seorang muslimah dihina, tentera perang dihantar
kini kami ( muslimah ) berasa takut
lelaki kami dayus, perogol bersiri

lebih kurang begitu puisinya...lalu saya tertunduk, beristighfar. Malunya.
2

NAK MASUK U..NAK KERJA..SEMPAT KE?

Selama kita hidup, adakah pernah terlintas di hati, bahawa apa sahaja yang kita sedang dan akan buat mungkin takkan tercapai dan terlaksana? List dah ada: nak masuk U, nak bekerja, nak menikmati kehidupan, nak beli kereta baru, nak ada isteri dll. Namun andaikata maut datang menjemput..

bila Izrail datang memanggil di pembaringan

Adakah kita bersedia? Seorang Badwi apabila bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai kiamat, baginda bersabda lebih kurang begini maksudnya..

"bilakah terjadi kiamat ya Rasulullah?"

" apakah engkau sudah bersedia menghadapinya?"

Soalan dijawab dengan soalan. Apakah kita bersedia?

Pagi-pagi bangun awal dan berazam untuk tingkatkan amal. Padahal tak sampai lima minit maksiat sudah dilakukan. Berbohong, menyakiti hati orang, tak menjaga pandangan dan sebagainya. Apa nilai azam kita tadi? Kosong.

Tidak semua manusia ( dan sememangnya manusia tidak ) sempurna. Humans were born perfectly unperfect. But it's not excuses for us untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Bahkan kita diajar untuk sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun sejauh mana kita beramal dengan ilmu yang kita miliki..kita tahu solat itu wajib, tapi masih dilengah-lengahkan..kita tahu berbohong itu tidak baik, namun lidah masih tetap menuturkan kata-kata nista. Bukanlah seorang itu dikatakan 'alim apabila banyak ilmunya, tapi dikatakan 'alim bila dia mengamalkan apa yang dia tahu berdasarkan sumber-sumber dan nas yang sahih. ( diri saya juga tidak terlepas daripada apa yang saya perkatakan ini.)

Renungkanlah, wahai diri..
3

IBU, IBU..EANGKAULAH RATU HATIKU

Kepada insan bergelar ibu..

Saatku lahir ke dunia, dirimu dirudung payah
membawaku kesana kemari
sembilan bulan lamanya
namun kau tabah
tak mengira lelah dan payah

Apabila aku lahir ke dunia
gembiramu bukan kepalang
walau kesakitan masih terasa
namun kegembiraan tak terkata
anakmu lahir!
engkau mendukungmu dalam kepayahan
kaukucup pipiku bertalu-talu
sayangnya ibu kepadaku..

bilaku meningkat remaja, ibu selalu mengingatkan
nasihat-nasihat tak lekang dari bibirmu, begitu juga ayah
namun jarang ada yang melekat di telinga
kata-katamu tidak aku pedulikan
walhal semuanya untuk kebaikanku

pernah ku bersimpuh di tepi ibu
katanya, dia sayang sangat kepadaku
sejak telapak kakiku hanya sebesar dua jarinya
didukungnya aku ketika itu
kesana
kemari
penat
kerana aku nakal
namun tiada nada keluhan terdengar dari bibirnya..

kini aku berjauhan dengannya
aku di barat, ibu di timur
aku berlagak tenang di sini
namun jauh di sudut hati
aku merinduinya
ibu
ayah
adik-adik
rindu dengan masakannya
rindu mendengar nasihatnya
kini baru aku mengerti
rupanya masakan ibu yang selalu kujamah dahulu
dimasak dengan penuh kasih sayang
hangat dan sedap
tak sama dengan masakan kedai ataupun orang lain..

kini tiap malam aku menyendiri di kamar
melayan perasaan
keseorangan
ketika itu terasa ingin sungguh
aku rebah dalam pangkuan ibu
aku rindu!

#post ini ditujukan kepada ibu saya Puan Rosnah Hashim khususnya dan semua para ibu dan bakal ibu amnya. kepada sahabat, hargailah ibu anda. Sayangilah ibu anda, kerana sesungguhnya dia tidak ada gantinya di dunia ini..
0

MANA LAGI OKAY?

Sememangnya manusia, sebaik mana pun, pasti terkadang melakukan kesilapan. Walaupum kecil, tetap salah, bukankah begitu? Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Namun setiap yang bersalah itu ada peluang untuk memperbetulkan kesalahan masing-masing. Peluang yang ada, jangan disia-siakan.

Renungkanlah kesilapan dan kealpaan diri, jangan asyik memandang kesilapan orang lain. Mana lebih baik, seorang yang tersenyum puas selepas menjual jam tangan yang baru dicurinya atau seorang yang terasa sangat menyesal selepas mencuri seutas jam lalu bertekad untuk memulangkannya? Seorang yang ketawa terbahak-bahak selepas berzina dengan kekasih yang baru ditemui atau seorang penzina yang sangat menyesal atas perbuatannya lalu bertaubat dan ingin bertanggungjawab dengan perempuan yang ditidurinya? Sahabat-sahabat yang budiman pasti dapat menjawabnya sendiri..

Terkadang jiwa ini merasakan kebesaranMu, mengakui kekerdilan diri..tapi semuanya tersirna, lekanya dengan urusan dunia. mungkin di sebelah timur, ada 'abid yang beribadah tak sesuai sunnah, ada pula di sebelah barat, 'abid yang bermain-main dalam beribadah. Sesungguhnya diri ini pula, bermaksiat dalam beribadah.

Apa yang saya sampaikan ini, semoga dapat saya amalkan dan menjadi pedoman kepada sahabat-sahabat yang lain, agar kita sama-sama dapat merenung dan menginsafi diri kita ( saya terutamanya ) yang kotor dan hina di hadapan Ilahi. Selamat bermuhasabah..
2

CUBA KIRA!

Cuba kira : sehari ada 24 jam.

sejam ada 60 minit, jadi bermaksud dalam sehari ada 24 x 60 = 1440 minit.

seminit ada 60 saat, so thats mean ada 1440 x 60 = 86400 saat.

itu untuk sehari, kalau seminggu? sebulan? setahun? 10 tahun? seumur hidup kita?

Bayangkan, dalam sehari yang ada 86400 saat itu, apa yang kita buat? Apa kerja yang sudah dilakukan? Apa kerja yang tertangguh?

Paling utama, dalam 86400 saat itu, kita tidak tahu pada saat manakah kita akan mati..

Bersegeralah bertaubat, kerana mati tidak mengira masa. Ajal tidak mengenal usia. Jangan ditangguh, kerana bertangguh sesaat akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup.
Tanyalah diri, apakah aku telah bersedia? Apakah amalanku telah cukup? Apakah amalanku menjamin tempatku di syurga atau neraka?

Namun jangan pernah lupa, Allah amat luas rahmatNya, kasih sayangNya berkali ganda daripada kasih seorang ibu kepada anaknya..

Sama-sama kita bermuhasabah..
1

SEKALI MELANGKAH..

Sekali melangkah, jangan rebah.

Sekali rebah, jangan mengalah.

Bangkitlah, pemuda-pemudi

harapan ummah.

Tujuan kita bertemu di Jannah.

Hidup kita biar mulia

Syahid fi sabilillah impian kita.

Jangan teragak meneruskan langkah

Majulah! Kita pendukung agama

menggalas tanggungjawab di bahu

memang payah

memang berat

namun apabila haruman jannah semerbak

menusuk kalbu

hilang segala penat dan lelah.

Bukan populariti dicari

atau kemewahan melimpah

tetapi redha Ilahi itu yang hakiki.

Jangan lagi menangis kerana dunia

tapi alirkanlah airmatamu itu

kerana mengenangkan dosa.

Bukankah jodoh pertemuan di tanganNya?

Apakah engkau tidak yakin?

Padahal Allah mengira tiap titisan air matamu

Dia tahu kesedihanmu

Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

Sahabat sejati penghibur hati

ayuhlah! perjuangan belum selesai

Selagi nyawa masih di badan

selagi itu kita masih terpenjara.

5

JIWA SEORANG PEJUANG

Sebagai seorang manusia biasa, kita pasti tidak lari dari kesilapan. Kadangkala emosi menguasai diri, sehingga segalanya menjadi terlau kecil dan terlepas pandang. Emosi yang sakit kalau dibiarkan akan menjadi barah dalam diri. Emosi yang tidak stabil membawa kepada banyak akibat yang tidak diingini. Sabarlah! Sesungguhnya segala perkara yang menimpa adalah ujian dariNya, tanda kasihNya kepada hambaNya. Apabila emosi menggelodak, bacalah penenang jiwa yakni AlQuran. AlQuran itu penyembuh bagi segala penyakit hati (10:57).

Jiwa seorang pejuang sentiasa tenang, pasrah menerima ketentuan Tuhan.Segala yang diterima disyukuri sedalam2nya. Jiwanya jiwa AlQuran. Tingkahlakunya mempamerkan AlQuran. Pendek kata, AlQuran menjadi intipati hidupnya, inspirasi sanubarinya.

Tidak mudah untuk menjadi seseorang berjiwa AlQuran. Namun saya tidak mengatakan mustahil.

Man jadda, wa jadd

Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Tak kira berapa lama masa yang diambil, pasti usahanya akan membuah kejayaan setimpal dengan usahanya. Bertepatan dengan Quranic Law of Attraction. Apakah Quranic Law of Attraction? Secara ringkasnya, apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu.

Mari, sahabat. Kita sama2 mengorak langkah. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Ayuh, melangkah. Kitalah generasi SYABAB..
0

TAK SEMUDAH FARMVILLE

Kalau sesiapa yang main permainan falsh di Facebook yang bernama "Farmville", pasti anda memahami apa yang ingin saya sampaikan ini. Farmville merupakan sebuah permainan flash yang terdapat di facebook.

Sebagai seorang peladang berjaya di Farmville, kita boleh menanam pelbagai jenis tumbuhan dan membela pelbagai jenis binatang di sana. Sebagai contah, lembu, kambing biri2, arnab dan sebagainya. Apabila mencapai tahap tertentu, kita dapat unlock pelbagai jenis tumbuhan lagi. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah pengalaman sya menggembala lembu di ladang di Perlis. Kalau lembu di Farmville, kita just klik dan collect susu dia bila lembu itu sudah mampu mengeluarkan hasil. Namun saya tidak dapat klik lembu2 di ladang itu.. bermakna saya terpaksa memandikan lembu2, memberi mereka makan, membersihkan kandang dan lain2. sangat memenatkan. Kini, masih tinggal dua minggu sebelum lembu2 di kandang itu dibawa keluar oleh tuan masing2. Moga2 saya dapat terus bersabar di sana ( bayangkan, makan dengan ditemani bau tahi lembu yang ....ughh..).
3

BEBELANKU#4

Kali ini saya ingin bercerita secara santai dengan para pembaca budiman sekalian. Ini hanyalah kata-kata daripada seorang insan yang biasa, yang tidak lari daripada kesilapan dan kesalahan. Saya bukan ulama. bukan juga pujangga. Bukan juga seorang maksum. Namun saya sedar, saya datang ke dunia ini dengan menggalas satu tanggungjawab besar yang dipikul di belakang.

dan sampaikanlah walaupun sepotong ayat..

maksud hadith

Saya juga seperti anda, manusia biasa. Pasti ada keinginan dan perasaan. Ingin memiliki dan dimiliki. Saya juga pernah begitu. Mncintai dan dicintai. Hidup terasa indah bila berteman. terasa kosong bila ditinggalkan. Namun sedarkah kita, seluruh jasad dan roh kita ialah milik Ilahi. Terkadang, diri ini menangis kerana mengenangkan seseorang. Sakitnya rindu! Peritnya perasaan apabila ditinggalkan, pedihnya hati tak tertahan. Namun..
Mengapa menangis kerana dunia? mengapa terasa kosong, padahal Allah sentiasa dekat dengan kita? Mengapa terasa hiba sedangkan Allah sentiasa bersamamu dan menghitung titis-titis air matamu..pesan abg taufik

Wahai sahabat semua. Saya bukan seorang yang sempurna. Kita semua tidak sempurna, sahabat. Marilah kita sandarkan kepebergantungan kepada Allah dalam setiap urusan kita. InsyaALLAH hidup kita tak akan sunyi lagi, kerana setiap saat kita mengetahui bahawa Allah bersama kita. Dia yang lebih dekat daripada urat di leher kita.

Renungkanlah, sahabat..
1

BEBELANKU#3

Hari berlalu tanpa disedari. Adakalanya masa yang bertandang dibiarkan. Kosong. Sepi. Seharusnya kita menyedari hakikat penciptaan diri yang serba lemah. Kita tidak berdaya. Tatkala kita mengorak langkah menuju maksiat, Allah menggenggam hati kita lalu dengan kasih sayangNya dijauhkan kita daripada jalan yang salah. Adakalanya kita mencemuh kerana tidak mendapat peluang bermaksiat, namun sedikit sekali yang bersyukur atas pertolonganNya. Ada antara kita yang berazam ( seperti saya ) untuk meninggalkan kemaksiatan, kembali kepada jalan Ilahi. Namun sedarkah kita bahawa tanpa izinNya, segalanya tidak mungkin terjadi?

Kita renungkan sebuah kisah, apabila perang Badar hampir bermula, Nabi S.A.W ada berdoa..lebih kurang seperti ini.."wahai Tuhanku, tiada daya untuk melakukan kebaikan dan tiada daya untuk mencegah keburukan melainkan dengan pertolonganMu.." Apabila niat untuk berbuat kebaikan sudah terpahat, maka di situ berdoalah agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Ingatlah rakan-rakan, andainya Dia tidak mengizinkan, maka kita tak akan mampu untuk berkedip mata sekalipun..

0

BEBELANKU#2

Menelusuri kehidupan di bumi ini, kadangkala kita alpa. Lupa. Memang hakikat manusia diciptakan lemah, tak kira sepejal mana otot di badan, atau beribu "bodyguard" mengawal. Kita tetap lemah pada pandangan Tuhan.

Tapi kita selalu lupa.

Lupa kita kepada Tuhan sehingga sanggup tidak berterima kasih atas rezeki yang diberi. Lupa kita ucapkan "Alhamdulillah". Padahal perkataan itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Barangsiapa bersyukur pada ALLAH, nescaya ALLAH akan tambahkan rezekinya. Tetapi barangsiapa yang tidak bersyukur pada ALLAH, maka ingatlah sesungguhnya azab ALLAh itu amat pedih..

kena tikam kat perut, pedih tak? Atau tertumpah mee sup kat kaki, sakit tak?

Sedangkan sakit mati itu seperti dilibas seribu bilah pedang menurut sesetengah hadith, apatah lagi seksa di neraka..

Renung-renungkanlah, wahai diri..
0

Designku#1

0

MUSLIM09

Ini merupakan video yang dibuat oleh saudara mamat ( qada ). Terpaksa mengambil masa yang tersangat lama disebabkan saiznya yang begitu besar pada awalnya ( 263 MB ). Jadi saya kecilkan kepada 65 MB sahaja. please enjoy!
0

MAKANAN DAN MINUMAN

Cuba anda bayangkan situasi di bawah.

SITUASI 1

Anda sedang beerjalan-jalan di bandar pada suatu hari yang panas. Tekak anda terasa kering dan anda begitu haus. Tambahan pula anda belum menjamah sedikit pun makanan sejak pagi. Lalu tiba-tiba mata anda menangkap satu logo restoran makanan segera yang popular dengan hidangan ayamnya. Anda bergegas masuk lalu memesan "snack plate". Lalu anda menjamah ayam itu dengan penuh berselera.

SITUASI 2

Jam loceng ( ataupun telefon bimbit a.k.a handset ) anda berbunyi nyaring, menunjukkan waktu subuh telahpun masuk.Anda bangun dengan penuh azam untuk menunaikan solat fardhu subuh dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lalu anda ke bilik air dan ingin menggosok gigi. Anda mencapai berus gigi dan terus menggosok gigi anda dengan ubat gigi kegemaran anda yang dirasakan dibuat oleh orang Islam berdasarkan kepada nama ubat gigi tersebut.

Biasa bukan? Perkara ini seolah-olah menjadi rutin bagi kita. namun pernahkah anda terfikir..

1) Adakah makanan yang anda makan itu halal?
2) Adakah makan itu dibuat oleh orang Islam?
3) Adakah barangan yang anda gunakan setiap hari itu diperbuat daripada suber yang halal?

Umat Islam seharusnya memerhatikan perkara ini. Soal makanan, minuman dan penggunaan barangan seharian tidak seharusnya dipandang ringan. Berhati-hatilah! Kerana mungkin kerana kita tidak menjaga makanan, maka doa kita tidak termakbul..

renung-renungkan, sahabat..
0

BEBELANKU#1

Bila mengimbas kembali kenangan yang lalu, pasti pelbagai emosi dapat dirasai. Ada yang manis, namun ada juga yang pahit untuk diingati. Memori yang tersimpan dalam kotak fikiran adakalanya menyakitkan, namun janganlah terus dilupakan. Biarlah ianya menjadi sempadan atau teladan bagi kita agar berhati-hati di masa hadapan. Sesungguhnya tiap manusia tidak lari dari masalah dan dugaan yang melanda, cuma cara kita menghadapinya, itu yang membezakan kita.

Wednesday, December 29, 2010

Monday, December 6, 2010

Monday, November 22, 2010

CURRENTLY #2

beli lagi :)

Friday, November 19, 2010

DIRIKU [CURRENTLY]

baru beli buku :)

Thursday, November 4, 2010

KU INGIN..

Memandang he hadapan
aku melihat kosong
menoleh ke belakang
sedikit ibrah diambil
banyak yang tembus
kosong
seolah-olah tiada apa-apa
kosong
kucuba melangkah
tersadung, tersungkur
tidak pula mencuba untuk bangun
manghidu bau lumpur
dosa dan kelalaian
terasa tidak layak bagiku
wangian setanggi syurga
seharum semerbak
aku juga ingin
namun mengapakah aku
tidak berdaya..

maafkanlah aku
di saat ini
kucuba sedaya upayaku
kukuatkan semangatku
hanya satu kupinta..
doakanlah diriku
agar kubisa
meraih semula
CINTA..

Monday, October 25, 2010

Last Day PSPM

esok hari terakhir PSPM. Paper physics kertas 1. selepas itu saya akan bertolak ke Perlis dan menginap di sana untuk semalaman. dan awal pagi esoknya saya akan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Penerbangan saya dijangka pada pukul 10 pagi dan sampai di KLIA pada jam 11 ( lebih kurang). saya terpaksa melepak di sana untuk beberapa jam sebelum penerbangan seterusnya pada pukul 4 petang.

anyway, hari-hari terakhir di KMPP pada semester satu banyak meninggalkan kenangan manis dan juga pahit. semuanya dicerna dengan baik dalam ingatan saya. saya telah berjumpa dengan ramai orang. banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

emm. talk later. salam :D

Thursday, October 14, 2010

Mr. PSPM ( LOL ) dan aku

PSPM atau Penilaian Semester Program Matrikulasi merupakan peperiksaan yang bakal kutempuh dalam tak berapa hari lagi. he, penilaian inilah yang menguji pengetahuan dan kefahaman tentang apa yang dipelajari selama satu semester. sekilas, seperti sebentar sahaja satu semester berlalu. enam bulan yang dipenuhi saat-saat manis, pengalaman berharga, kenangan pahit dan dugaan yang melanda. sepanjang masa tersebut, aku cuba merenungi apa yang telah aku lakukan. membelek satu persatu setiap memori indah, membuka kembali lembaran-lembaran sejarah hidup yang tak mungkin dapat kuulangi kembali. tak mungkin dapat aku putar kembali waktu, dan membetulkan segala salah dan silapku ketika itu. juga segala pengalaman manis yang telah aku lalui, bila difikirkan, nikmatnya hanya sementara. sebentar.

sebentar.

Sekejap.

sama la tuh.

Dalam satu semester ini juga aku bertemu dengan orang yang pelbagai. ragamnya. wajahnya. sekalipun berbeza, namun ada persamaannya.

Kita semua adalah manusia.

aku yang terlalu lemah ini, memerhati manusia-manusia yang berbeza-beza. kadang-kadang aku terasa cemburu. cemburu yang amat kerana aku tak seperti mereka. ya, aku juga pernah begitu. sekarang, aku begini. aku tidak mengharap cercaan. juga aku tak memohon simpati orang. aku cuma mahukan sedikit ruang dan masa untuk aku memerhati diri. untuk aku mengambil ibrah dan pengalaman.

Ibuku pernah berkata, " sesetengah pengalaman itu sanagt mahal harganya, dan Ammar dah membayar harga yang sangat mahal untuk satu pengalaman yang tidak perlu."

begitulah lebih kurang.

seriously, aku perlukan bimbingan untuk mengecap satu pengalaman. pengalaman yang lalu itu adakalanya sangat perit untuk aku terima, sehingga aku menyeksa diri kerana tidak tertahan dengan rasa itu. namun bila difikirkan semula, betapa bodohnya aku kerana kurang matang dalam menerima dan memahami satu-satu ujian.

Maaflah. dan terima kasih kepada semua. keran acapkali bersabar dengan karenahku. ya, aku kurang matang sekarang. namun InsyaAllah dengan izinNya, aku akan membesar ( dah besar pun ) dan matang suatu hari nanti. moga ketika itu aku mampu menilai diri, orang lain, masyarakat, dunia dan segala-galanya melalui perspektif yang lebih matured.

Mr. PSPM, here i come. :D

Thursday, September 16, 2010

INGATAN BERSAMA :D

Baru sahaja beberapa detik Ramadhan meninggalkan kita. Membawa bersamanya jutaan rahmat dan keampunan Tuhan, keberkatan dan pahala yang digandakan. Maka sangat beruntunglah orang-orang yang telah menyiapkan dirinya dalam menghadapi ramadhan itu. Sungguh, Ramadhan yang telah berlalu itu merupakan satu anugerah dari Allah S.W.T., istimewa kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Dan anugerah itu telah berlalu. Sebulan telah berakhir. Penat lelah seolah-olah terbayar dengan nikmat kepuasan dan pengharapan keredhaan dari Tuhan.

Namun adakah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang lalu?

Adakah segala perbuatan dan amalan kita hanya berkisar dalam bulan Ramadhan sahaja?

Cukupkah? Adakah kita berasa selesa dengan status amalan kita sekarang? Dan yang paling penting, adakah kita sudah pasti Yang Menguasai langit dan bumi redha kepada kita?

Bagi saya, saya tidak pasti. Kerana banyaknya dosa dan kelalaian yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya, malahan di bulan Ramadhan terasa seperti tiada perubahan. Akal mengetahui fadhilat dan kelebihan beramal di bulan itu, namun hati dan jasad seolah-olah tidak mengendahkannya. Hati ini sungguh cepat berubah, berubah mengikut keadaan. Adakalanya apabila berada di taman-taman syurga, hati terasa tenang dan damai. Seolah-olah saya merasakan saya telah melakukan seribu kebaikan yang pasti diterima Tuhan. Namun apabila berada di tempat yang lain, hati ini seolah-olah seronok dengan suasana yang melalaikan itu. Terasa indah dengan apa yang berada di hadapan mata, tidak salah rasanya mencuba sesuatu yang baru, perkara yang salah pada pandangan hati dan akal yang dahulunya terikat pada agama kini seolah-olah menjadi biasa.

Persoalannya, apakah Ramadhan yang lalu benar-benar mendidik dan membentuk kita agar menjadi manusia yang taat kepadaNya? Kalau ya jawapannya, alhamdulillah. Tapi kalau tidak, di manakah silapnya? Kenapa terjadi sedemikian? Mari kita renungkan faktor-faktornya.

Pertama sekali, keadaan ini terjadi kerana tidak ada sedikit pun azam untuk berubah dan mengambil bulan Ramadhan ( atau bila-bila sahaja ) sebagai titik untuk melaksanakan perubahan. Kita tidak merasakan perubahan itu sebagai sesuatu yang teramat penting dalam hidup kita. Kita terlalu asyik dan terleka dalam “zon kehidupan selasa”. Padahal perubahan ke arah kebaikan itu sangat dituntut dalam agama Islam. Kita tahu apa yang kita buat itu salah, namun kita tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengubahnya, setidak-tidaknya mengelak daripadanya. Jelas menunjukkan sikap dan “attitude” kita terhadap agama. Sejauh manakah kita memandang tinggi terhadap prioriti agama?

Persekitaran juga banyak membantu dalam melalaikan kita dan memalingkan kita daripada beribadah. Suasana yang islami pastinya banyak membantu, sebagai contoh; berada di majlis-majlis zikir, ceramah-ceramah keagamaan, solat berjemaah dan sebagainya. Suasana-suasana begini selalunya meningkatkan kadar ibadah seseorang hamba secara “general”nya. Kenapa ya? Fikirlah sendiri.

Banyak lagi faktor yang sedikit sebanyak membantu membuatkan kita leka dan alpa. Semuanya bergantung kepada kita; bagaimana kita memberi reaksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Kepada diriku dan anda, renung2kanlah..

Monday, July 12, 2010

NANTIKANLAH ~~

Saya sedang mengusahakan cerpen-cerpen pendek untuk jadi tatapan semua. Hanya sekadar cerpen yang biasa, mungkin banyak kesalahan dari segi tatabahasa dan sebagainya. Mungkin dengan cara ini, saya dapat ekspressikan diri saya dan pendapat-pendapat saya mengenai segalanya - dunia, cinta, persahabatan ataupun masalah umat. nantikan kemunculan cerpen pertama tidak lama lagi.

Tuesday, June 22, 2010

renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim..

Dunia sekarang ini dilanda arus globalisasi yang pesat. Kemajuan teknologi matlumat dan infrastruktur serta banyak lagi yang dinikmati sekarang dirasakan amat mustahil oleh bangsa terdahulu. Berlakulah evolusi dalam segalanya; surat ke emel, kereta kuda ke roket, dan telegram ke sistem pesanan ringkas ( SMS ). Subhanallah, Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Jikalau tidak, masakan kita dapat menikmati semua kemudahan ini.

Melihat keadaan sekeliling, membuat saya menarik nafas panjang. Banyak lagi kelemahan diri yang masih belum dibaiki, masih banyak yang perlu diperbetulkan. Diri ini semakin hanyut, adakah perlu dibiarkan begitu sahaja? Dan apakah diri ini sahaja yang perlu dirisaukan? Terkadang, terasa berat lidah ini mahu menegur, tangan untuk mencegah. Dibiarkan sahaja dalam hati. Apakah dengan berbuat sedemikian, kondisi diri dan umat akan berubah? Persoalan ini saya tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan dan zikirkan.

Ya, mungkin mudah sahaja saya berkata begini. Walhal praktikalnya amat sukar. Hanya insan yang MAHU dan TABAH serta SABAR dan berSUNGGUH-SUNGGUH sahaja yang dapat melakukannya. Masakan tidak, kejayaan dunia perlu dikejar. Tugasan dan kerja rumah perlu disiapkan. Kuliah dan tutorial perlu dihadiri. Aktiviti kokurikulum juga menanti. Ditambah pula dengan persiapan ukhrawi. Sememangnya orang-orang yang terpilih ini merupakan orang-orang yang hebat. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedemikian? Renung-renungkan...

dengan segala kemudahan yang ada, nikmat yang dikecapi, namun masih tidak mampu membuat kebanyakan manusia bersyukur dan memanfaatkan segala yang ada untuk jalan kebaikan. Persoalan untuk diri sendiri : apakah yang telah kau sumbangkan untuk agama ini?

hm. noktah..

Friday, May 28, 2010

BUKAN CINTA BIASA

Merancang, tidak semestinya dapat dilakukan. Tanpa kudrat dan pertolonganNya, pasti kita akan terkapai-kapai dalam gelombang hidup yang mencabar.Kepada diriku dan dirimu, kuharap langkah perjuangan takkan pernah terhenti.Ya, manusia bisa tewas oleh ajakan dan bujukan syaitan dan nafsu yang sentiasa akrab dengan manusia. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berhenti berusaha dan melangkah.

So, saya kembali menulis. Seringkali masa dijadikan alasan untuk saya tidak mengetuk keyboard laptop ini. namun sebenarnya diri ini mengalami satu transformasi yang amat dahsyat ( bukannya bertukar kepada Goku atau Ironman ). Sesuatu yang tidak pernah terlintas dala benak fikiran sebelum ini.

Iaitu..menjadi seorang yang biasa.

Biasa di sini bukan bermaksud saya sebelum ini tidak normal atau gila. Cuma "biasa" di sini merujuk kepada keadaan seseorang yang saya klasifikasikan sebagai "insan biasa" suatu ketika dahulu. Di sini saya dapat melihat dunia ini daripada kaca mata seorang yang "biasa".

Dan saya mula terikat kepadanya. Sehinggakan saya mula mengikuti jejak-jejak orang "biasa" itu. Walaupun hati meronta-ronta mengatakan jangan,jangan, tapi nafsu terlebih dahulu menguasai hati lalu tingkah laku seiring kehendaknya. Apakah ini yang dinamakan bertuhankan nafsu? emm..

Tapi adakah harus selamanya begini? Perlukan saya terus begini? Jawapannya terdapat pada diri saya sendiri. Dan juga diri pembaca sekalian. Sampai bila? Sampai bila hendak terus menerus dalam dunia kelalaian dan keseronokan? Cuba ambil lima minit..dua minit..seminit pun boleh juga..fikirkanlah masa depan kita..ke manakah hala tuju kita nnti??

Saya yang "biasa" ini sekarang terkapai-kapai mencari sesuatu. Mencari diri yang dahulu. Mencari cinta. Bukan cinta biasa. Bukan cinta "biasa". Tetapi cinta "luarbiasa". Bantulah aku, ya Allah...

Sunday, April 4, 2010

SATU PERJALANAN

perjalanan..apa tu?

apa yang dimaksudkan dengan perjalanan..?

ke mana?

semua persoalan2 di atas bersifat subjektif...hanya diri sendiri yang boleh jawab..kalau kita tanya si A, arah perjalanannya lain daripada si B. si B pulak lain arah perjalannya dari si C.

Banyak manusia, banyak jalan yang ditempuh. sebagaimana jalan para sahabat menegakkan Islam pada zaman dahulu, juga jalan-jalan syaitan yang senitasa mengajak manusia ke arah kesesatan. akhirnya jalan2 yang banyak dan bersimpang siur,lurus dan sebagainya akan bercantum pada dua hala tuju.syurga atau neraka.Maka kita diberi pilihan, sama ada untuk memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. ada orang yang berada di jalan menuju neraka sepanjang hidupnya...sehinggakan semakin hari, semakin hampir dia dengan neraka hanya tinggal sehasta ( klu x silap )..namun takdir Allah mendahuluinya, tiba2 dia digerakkan untuk melakukan amalan ahli syurga lalu Allah mnyelamatkannya dari neraka..ada juga seorang ahli ibadah yg menghabiskan hidupnya dengan amaln2 ahli syurga..namun takdir Allah mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu Allah mencampakkannya ke dalam neraka..na'udzubillah...betapa beruntungya orang2 yg dimuliakanNya, dan betapa rugi orang2 yg dihinakanNya di padang mahsyar kelak..semoga kita termasuk dalam kalangan orang2 yg dimulaikan Allah..amiin..

Sunday, March 28, 2010

AKU BENCI KEADAAN INI

Hari Jumaat. 26 Mar 2010. Saya baru selesai latihan kereta di sebuah insititut memandu berhampiran Kangar. Dari stesen bas, saya melangkah ke Masjid Alwi. Niat iktikaf. Lalu saya musahabah diri, membelek kesalahan sepanjang pagi itu. Merenung dosa lampau. Jauh pandanganku menembusi tulisan khat yang diukir kemas pada kayu di dalam masjid. Lalu mataku terasa berat. Layu. Kelam.

Apabila azan berkumandang, saya bingkas bangun lalu bersedia mendengar khutbah Jumaat pada hari itu. Isinya berkenaan 6 perkara yang disukai nafsu. Sekali lagi saya bermuhasabah, betapa 6 perkara itu selalu terikat dengan kehidupan seharian seorang Muslim. Semoga Allah membantu kita dalam menangkis dugaan nafsu.

Lalu selepas selesai solat Jumaat, saya bergegas ke stesen bas. Berlari-lari sedikit. Sampai sahaja di stesen bas, saya tercari-cari bas ke Padang Besar. Ada. Saya masuk. Alhamduillah masih ada tempat kosong. Teringat pula dengan headline majalah Solusi isu 17, "hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu."

Lalu bas semakin penuh. Ramai pelajar lelaki daripada sekolah menengah berhampiran memenuhi tempat di belakang bas. Ramai juga akhawats daripada sekolah menengah agama permpuan berhampiran. Sengaja saya memanggil mereka akhawats kerana perilaku mereka yang menyejukkan mata yang memandang. Ada yang berdiri. Yang duduk pun ada. Saya tersenyum sendiri sambil teringat maksud ayat Al Quran yang menceritakan tentang wanita yang solehah.

Namun perasaan itu tidak lama. Pelajar lelaki di belakang agak nakal, mula mengusik akhawats yang berdiri. Saya tidak senang melihat keadaan itu, namun apakah daya. Saya ingin menawarkan tempat duduk kepada akhawats yang berdiri itu namun sebelah tempat duduk saya ada lelaki. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah melihat sahaja. Saya sungguh benci keadaan ini. Juga berasa malu tatkala secarik puisi bermain-main di fikiran..

Dahulu kami ( muslimah ) berasa bangga
lelaki kami Asadullah, Pedang Allah
seorang muslimah dihina, tentera perang dihantar
kini kami ( muslimah ) berasa takut
lelaki kami dayus, perogol bersiri

lebih kurang begitu puisinya...lalu saya tertunduk, beristighfar. Malunya.

Wednesday, March 17, 2010

NAK MASUK U..NAK KERJA..SEMPAT KE?

Selama kita hidup, adakah pernah terlintas di hati, bahawa apa sahaja yang kita sedang dan akan buat mungkin takkan tercapai dan terlaksana? List dah ada: nak masuk U, nak bekerja, nak menikmati kehidupan, nak beli kereta baru, nak ada isteri dll. Namun andaikata maut datang menjemput..

bila Izrail datang memanggil di pembaringan

Adakah kita bersedia? Seorang Badwi apabila bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai kiamat, baginda bersabda lebih kurang begini maksudnya..

"bilakah terjadi kiamat ya Rasulullah?"

" apakah engkau sudah bersedia menghadapinya?"

Soalan dijawab dengan soalan. Apakah kita bersedia?

Pagi-pagi bangun awal dan berazam untuk tingkatkan amal. Padahal tak sampai lima minit maksiat sudah dilakukan. Berbohong, menyakiti hati orang, tak menjaga pandangan dan sebagainya. Apa nilai azam kita tadi? Kosong.

Tidak semua manusia ( dan sememangnya manusia tidak ) sempurna. Humans were born perfectly unperfect. But it's not excuses for us untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Bahkan kita diajar untuk sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun sejauh mana kita beramal dengan ilmu yang kita miliki..kita tahu solat itu wajib, tapi masih dilengah-lengahkan..kita tahu berbohong itu tidak baik, namun lidah masih tetap menuturkan kata-kata nista. Bukanlah seorang itu dikatakan 'alim apabila banyak ilmunya, tapi dikatakan 'alim bila dia mengamalkan apa yang dia tahu berdasarkan sumber-sumber dan nas yang sahih. ( diri saya juga tidak terlepas daripada apa yang saya perkatakan ini.)

Renungkanlah, wahai diri..

Tuesday, March 2, 2010

IBU, IBU..EANGKAULAH RATU HATIKU

Kepada insan bergelar ibu..

Saatku lahir ke dunia, dirimu dirudung payah
membawaku kesana kemari
sembilan bulan lamanya
namun kau tabah
tak mengira lelah dan payah

Apabila aku lahir ke dunia
gembiramu bukan kepalang
walau kesakitan masih terasa
namun kegembiraan tak terkata
anakmu lahir!
engkau mendukungmu dalam kepayahan
kaukucup pipiku bertalu-talu
sayangnya ibu kepadaku..

bilaku meningkat remaja, ibu selalu mengingatkan
nasihat-nasihat tak lekang dari bibirmu, begitu juga ayah
namun jarang ada yang melekat di telinga
kata-katamu tidak aku pedulikan
walhal semuanya untuk kebaikanku

pernah ku bersimpuh di tepi ibu
katanya, dia sayang sangat kepadaku
sejak telapak kakiku hanya sebesar dua jarinya
didukungnya aku ketika itu
kesana
kemari
penat
kerana aku nakal
namun tiada nada keluhan terdengar dari bibirnya..

kini aku berjauhan dengannya
aku di barat, ibu di timur
aku berlagak tenang di sini
namun jauh di sudut hati
aku merinduinya
ibu
ayah
adik-adik
rindu dengan masakannya
rindu mendengar nasihatnya
kini baru aku mengerti
rupanya masakan ibu yang selalu kujamah dahulu
dimasak dengan penuh kasih sayang
hangat dan sedap
tak sama dengan masakan kedai ataupun orang lain..

kini tiap malam aku menyendiri di kamar
melayan perasaan
keseorangan
ketika itu terasa ingin sungguh
aku rebah dalam pangkuan ibu
aku rindu!

#post ini ditujukan kepada ibu saya Puan Rosnah Hashim khususnya dan semua para ibu dan bakal ibu amnya. kepada sahabat, hargailah ibu anda. Sayangilah ibu anda, kerana sesungguhnya dia tidak ada gantinya di dunia ini..

Friday, February 19, 2010

MANA LAGI OKAY?

Sememangnya manusia, sebaik mana pun, pasti terkadang melakukan kesilapan. Walaupum kecil, tetap salah, bukankah begitu? Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Namun setiap yang bersalah itu ada peluang untuk memperbetulkan kesalahan masing-masing. Peluang yang ada, jangan disia-siakan.

Renungkanlah kesilapan dan kealpaan diri, jangan asyik memandang kesilapan orang lain. Mana lebih baik, seorang yang tersenyum puas selepas menjual jam tangan yang baru dicurinya atau seorang yang terasa sangat menyesal selepas mencuri seutas jam lalu bertekad untuk memulangkannya? Seorang yang ketawa terbahak-bahak selepas berzina dengan kekasih yang baru ditemui atau seorang penzina yang sangat menyesal atas perbuatannya lalu bertaubat dan ingin bertanggungjawab dengan perempuan yang ditidurinya? Sahabat-sahabat yang budiman pasti dapat menjawabnya sendiri..

Terkadang jiwa ini merasakan kebesaranMu, mengakui kekerdilan diri..tapi semuanya tersirna, lekanya dengan urusan dunia. mungkin di sebelah timur, ada 'abid yang beribadah tak sesuai sunnah, ada pula di sebelah barat, 'abid yang bermain-main dalam beribadah. Sesungguhnya diri ini pula, bermaksiat dalam beribadah.

Apa yang saya sampaikan ini, semoga dapat saya amalkan dan menjadi pedoman kepada sahabat-sahabat yang lain, agar kita sama-sama dapat merenung dan menginsafi diri kita ( saya terutamanya ) yang kotor dan hina di hadapan Ilahi. Selamat bermuhasabah..

Monday, February 15, 2010

CUBA KIRA!

Cuba kira : sehari ada 24 jam.

sejam ada 60 minit, jadi bermaksud dalam sehari ada 24 x 60 = 1440 minit.

seminit ada 60 saat, so thats mean ada 1440 x 60 = 86400 saat.

itu untuk sehari, kalau seminggu? sebulan? setahun? 10 tahun? seumur hidup kita?

Bayangkan, dalam sehari yang ada 86400 saat itu, apa yang kita buat? Apa kerja yang sudah dilakukan? Apa kerja yang tertangguh?

Paling utama, dalam 86400 saat itu, kita tidak tahu pada saat manakah kita akan mati..

Bersegeralah bertaubat, kerana mati tidak mengira masa. Ajal tidak mengenal usia. Jangan ditangguh, kerana bertangguh sesaat akan menyebabkan kita menyesal seumur hidup.
Tanyalah diri, apakah aku telah bersedia? Apakah amalanku telah cukup? Apakah amalanku menjamin tempatku di syurga atau neraka?

Namun jangan pernah lupa, Allah amat luas rahmatNya, kasih sayangNya berkali ganda daripada kasih seorang ibu kepada anaknya..

Sama-sama kita bermuhasabah..

Sunday, February 14, 2010

SEKALI MELANGKAH..

Sekali melangkah, jangan rebah.

Sekali rebah, jangan mengalah.

Bangkitlah, pemuda-pemudi

harapan ummah.

Tujuan kita bertemu di Jannah.

Hidup kita biar mulia

Syahid fi sabilillah impian kita.

Jangan teragak meneruskan langkah

Majulah! Kita pendukung agama

menggalas tanggungjawab di bahu

memang payah

memang berat

namun apabila haruman jannah semerbak

menusuk kalbu

hilang segala penat dan lelah.

Bukan populariti dicari

atau kemewahan melimpah

tetapi redha Ilahi itu yang hakiki.

Jangan lagi menangis kerana dunia

tapi alirkanlah airmatamu itu

kerana mengenangkan dosa.

Bukankah jodoh pertemuan di tanganNya?

Apakah engkau tidak yakin?

Padahal Allah mengira tiap titisan air matamu

Dia tahu kesedihanmu

Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

Sahabat sejati penghibur hati

ayuhlah! perjuangan belum selesai

Selagi nyawa masih di badan

selagi itu kita masih terpenjara.

Monday, February 8, 2010

JIWA SEORANG PEJUANG

Sebagai seorang manusia biasa, kita pasti tidak lari dari kesilapan. Kadangkala emosi menguasai diri, sehingga segalanya menjadi terlau kecil dan terlepas pandang. Emosi yang sakit kalau dibiarkan akan menjadi barah dalam diri. Emosi yang tidak stabil membawa kepada banyak akibat yang tidak diingini. Sabarlah! Sesungguhnya segala perkara yang menimpa adalah ujian dariNya, tanda kasihNya kepada hambaNya. Apabila emosi menggelodak, bacalah penenang jiwa yakni AlQuran. AlQuran itu penyembuh bagi segala penyakit hati (10:57).

Jiwa seorang pejuang sentiasa tenang, pasrah menerima ketentuan Tuhan.Segala yang diterima disyukuri sedalam2nya. Jiwanya jiwa AlQuran. Tingkahlakunya mempamerkan AlQuran. Pendek kata, AlQuran menjadi intipati hidupnya, inspirasi sanubarinya.

Tidak mudah untuk menjadi seseorang berjiwa AlQuran. Namun saya tidak mengatakan mustahil.

Man jadda, wa jadd

Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Tak kira berapa lama masa yang diambil, pasti usahanya akan membuah kejayaan setimpal dengan usahanya. Bertepatan dengan Quranic Law of Attraction. Apakah Quranic Law of Attraction? Secara ringkasnya, apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu.

Mari, sahabat. Kita sama2 mengorak langkah. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Ayuh, melangkah. Kitalah generasi SYABAB..

TAK SEMUDAH FARMVILLE

Kalau sesiapa yang main permainan falsh di Facebook yang bernama "Farmville", pasti anda memahami apa yang ingin saya sampaikan ini. Farmville merupakan sebuah permainan flash yang terdapat di facebook.

Sebagai seorang peladang berjaya di Farmville, kita boleh menanam pelbagai jenis tumbuhan dan membela pelbagai jenis binatang di sana. Sebagai contah, lembu, kambing biri2, arnab dan sebagainya. Apabila mencapai tahap tertentu, kita dapat unlock pelbagai jenis tumbuhan lagi. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah pengalaman sya menggembala lembu di ladang di Perlis. Kalau lembu di Farmville, kita just klik dan collect susu dia bila lembu itu sudah mampu mengeluarkan hasil. Namun saya tidak dapat klik lembu2 di ladang itu.. bermakna saya terpaksa memandikan lembu2, memberi mereka makan, membersihkan kandang dan lain2. sangat memenatkan. Kini, masih tinggal dua minggu sebelum lembu2 di kandang itu dibawa keluar oleh tuan masing2. Moga2 saya dapat terus bersabar di sana ( bayangkan, makan dengan ditemani bau tahi lembu yang ....ughh..).

Friday, February 5, 2010

BEBELANKU#4

Kali ini saya ingin bercerita secara santai dengan para pembaca budiman sekalian. Ini hanyalah kata-kata daripada seorang insan yang biasa, yang tidak lari daripada kesilapan dan kesalahan. Saya bukan ulama. bukan juga pujangga. Bukan juga seorang maksum. Namun saya sedar, saya datang ke dunia ini dengan menggalas satu tanggungjawab besar yang dipikul di belakang.

dan sampaikanlah walaupun sepotong ayat..

maksud hadith

Saya juga seperti anda, manusia biasa. Pasti ada keinginan dan perasaan. Ingin memiliki dan dimiliki. Saya juga pernah begitu. Mncintai dan dicintai. Hidup terasa indah bila berteman. terasa kosong bila ditinggalkan. Namun sedarkah kita, seluruh jasad dan roh kita ialah milik Ilahi. Terkadang, diri ini menangis kerana mengenangkan seseorang. Sakitnya rindu! Peritnya perasaan apabila ditinggalkan, pedihnya hati tak tertahan. Namun..
Mengapa menangis kerana dunia? mengapa terasa kosong, padahal Allah sentiasa dekat dengan kita? Mengapa terasa hiba sedangkan Allah sentiasa bersamamu dan menghitung titis-titis air matamu..pesan abg taufik

Wahai sahabat semua. Saya bukan seorang yang sempurna. Kita semua tidak sempurna, sahabat. Marilah kita sandarkan kepebergantungan kepada Allah dalam setiap urusan kita. InsyaALLAH hidup kita tak akan sunyi lagi, kerana setiap saat kita mengetahui bahawa Allah bersama kita. Dia yang lebih dekat daripada urat di leher kita.

Renungkanlah, sahabat..

Wednesday, February 3, 2010

BEBELANKU#3

Hari berlalu tanpa disedari. Adakalanya masa yang bertandang dibiarkan. Kosong. Sepi. Seharusnya kita menyedari hakikat penciptaan diri yang serba lemah. Kita tidak berdaya. Tatkala kita mengorak langkah menuju maksiat, Allah menggenggam hati kita lalu dengan kasih sayangNya dijauhkan kita daripada jalan yang salah. Adakalanya kita mencemuh kerana tidak mendapat peluang bermaksiat, namun sedikit sekali yang bersyukur atas pertolonganNya. Ada antara kita yang berazam ( seperti saya ) untuk meninggalkan kemaksiatan, kembali kepada jalan Ilahi. Namun sedarkah kita bahawa tanpa izinNya, segalanya tidak mungkin terjadi?

Kita renungkan sebuah kisah, apabila perang Badar hampir bermula, Nabi S.A.W ada berdoa..lebih kurang seperti ini.."wahai Tuhanku, tiada daya untuk melakukan kebaikan dan tiada daya untuk mencegah keburukan melainkan dengan pertolonganMu.." Apabila niat untuk berbuat kebaikan sudah terpahat, maka di situ berdoalah agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Ingatlah rakan-rakan, andainya Dia tidak mengizinkan, maka kita tak akan mampu untuk berkedip mata sekalipun..

Monday, January 25, 2010

BEBELANKU#2

Menelusuri kehidupan di bumi ini, kadangkala kita alpa. Lupa. Memang hakikat manusia diciptakan lemah, tak kira sepejal mana otot di badan, atau beribu "bodyguard" mengawal. Kita tetap lemah pada pandangan Tuhan.

Tapi kita selalu lupa.

Lupa kita kepada Tuhan sehingga sanggup tidak berterima kasih atas rezeki yang diberi. Lupa kita ucapkan "Alhamdulillah". Padahal perkataan itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Barangsiapa bersyukur pada ALLAH, nescaya ALLAH akan tambahkan rezekinya. Tetapi barangsiapa yang tidak bersyukur pada ALLAH, maka ingatlah sesungguhnya azab ALLAh itu amat pedih..

kena tikam kat perut, pedih tak? Atau tertumpah mee sup kat kaki, sakit tak?

Sedangkan sakit mati itu seperti dilibas seribu bilah pedang menurut sesetengah hadith, apatah lagi seksa di neraka..

Renung-renungkanlah, wahai diri..

Wednesday, January 20, 2010

Designku#1

Monday, January 18, 2010

MUSLIM09

Ini merupakan video yang dibuat oleh saudara mamat ( qada ). Terpaksa mengambil masa yang tersangat lama disebabkan saiznya yang begitu besar pada awalnya ( 263 MB ). Jadi saya kecilkan kepada 65 MB sahaja. please enjoy!

Monday, January 11, 2010

MAKANAN DAN MINUMAN

Cuba anda bayangkan situasi di bawah.

SITUASI 1

Anda sedang beerjalan-jalan di bandar pada suatu hari yang panas. Tekak anda terasa kering dan anda begitu haus. Tambahan pula anda belum menjamah sedikit pun makanan sejak pagi. Lalu tiba-tiba mata anda menangkap satu logo restoran makanan segera yang popular dengan hidangan ayamnya. Anda bergegas masuk lalu memesan "snack plate". Lalu anda menjamah ayam itu dengan penuh berselera.

SITUASI 2

Jam loceng ( ataupun telefon bimbit a.k.a handset ) anda berbunyi nyaring, menunjukkan waktu subuh telahpun masuk.Anda bangun dengan penuh azam untuk menunaikan solat fardhu subuh dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lalu anda ke bilik air dan ingin menggosok gigi. Anda mencapai berus gigi dan terus menggosok gigi anda dengan ubat gigi kegemaran anda yang dirasakan dibuat oleh orang Islam berdasarkan kepada nama ubat gigi tersebut.

Biasa bukan? Perkara ini seolah-olah menjadi rutin bagi kita. namun pernahkah anda terfikir..

1) Adakah makanan yang anda makan itu halal?
2) Adakah makan itu dibuat oleh orang Islam?
3) Adakah barangan yang anda gunakan setiap hari itu diperbuat daripada suber yang halal?

Umat Islam seharusnya memerhatikan perkara ini. Soal makanan, minuman dan penggunaan barangan seharian tidak seharusnya dipandang ringan. Berhati-hatilah! Kerana mungkin kerana kita tidak menjaga makanan, maka doa kita tidak termakbul..

renung-renungkan, sahabat..

Sunday, January 3, 2010