renungan sejenak

Bismillahirrahmanirrahim..

Dunia sekarang ini dilanda arus globalisasi yang pesat. Kemajuan teknologi matlumat dan infrastruktur serta banyak lagi yang dinikmati sekarang dirasakan amat mustahil oleh bangsa terdahulu. Berlakulah evolusi dalam segalanya; surat ke emel, kereta kuda ke roket, dan telegram ke sistem pesanan ringkas ( SMS ). Subhanallah, Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah telah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Jikalau tidak, masakan kita dapat menikmati semua kemudahan ini.

Melihat keadaan sekeliling, membuat saya menarik nafas panjang. Banyak lagi kelemahan diri yang masih belum dibaiki, masih banyak yang perlu diperbetulkan. Diri ini semakin hanyut, adakah perlu dibiarkan begitu sahaja? Dan apakah diri ini sahaja yang perlu dirisaukan? Terkadang, terasa berat lidah ini mahu menegur, tangan untuk mencegah. Dibiarkan sahaja dalam hati. Apakah dengan berbuat sedemikian, kondisi diri dan umat akan berubah? Persoalan ini saya tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan dan zikirkan.

Ya, mungkin mudah sahaja saya berkata begini. Walhal praktikalnya amat sukar. Hanya insan yang MAHU dan TABAH serta SABAR dan berSUNGGUH-SUNGGUH sahaja yang dapat melakukannya. Masakan tidak, kejayaan dunia perlu dikejar. Tugasan dan kerja rumah perlu disiapkan. Kuliah dan tutorial perlu dihadiri. Aktiviti kokurikulum juga menanti. Ditambah pula dengan persiapan ukhrawi. Sememangnya orang-orang yang terpilih ini merupakan orang-orang yang hebat. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedemikian? Renung-renungkan...

dengan segala kemudahan yang ada, nikmat yang dikecapi, namun masih tidak mampu membuat kebanyakan manusia bersyukur dan memanfaatkan segala yang ada untuk jalan kebaikan. Persoalan untuk diri sendiri : apakah yang telah kau sumbangkan untuk agama ini?

hm. noktah..

1 kisses this:

KiTa_KaWaN said...

bukan post yag biasa..

hanya mereka yang ikhlas akn kekal, dan yang tidk ikhlas akan hanyut dalam dunianya sndiri..
cinta agama itu buta..kerana ia tidak kenal usia dan ketika, akan datang tanpa dipinta..

cuma kerana ia buta, ia tidak melihat siapa yang mahu padanya..maka kenalah segera melafazkan cinta pada agama ini, dan berjanji untuk taat setia...

barulah hebat namanya..lau setakat sibuk sepanjang2 hari, datng majlis ukhrawi tapi tiada keikhlasan di hati, sama saja..bagai org gila..melakukan kerja sia2...penat, tp tak ada hasilnya...

Post a Comment

Tuesday, June 22, 2010

1 comment:

  1. bukan post yag biasa..

    ReplyDelete